Saturday, 2 January 2016

Typing…


السلام عليكم 

…………….
Ok. Mana perginya idea aku yang sebelum ini membuak-buak mahu dicurahkan intinya? Puih ayat pe bende tu! Hmmmmm tf tf tf … seriously tak tahu nak tulis pasal apa. Guess what, I always talking to myself to write a something, to tulis something. But still tangan tak mahu berkerja. Tak mahu ikut kehendak. Kadang-kadang memang banyak idea yang datang melintas, menyinggah, berhenti berehat jap kat RnR otak aku ni. Sampai satu masa tu membuak-buak idea datang. Tapi aku still tak amik peduli.
Yes! Dah mula pun penulisan aku ni. Dari tadi menghadap skrin laptop, tak tahu nak tulis apa dan nak mula macam mana.
Ok... pasal apa tadi? Idea, kan? Bila aku fikirkan balik, bukan aku malas nak tulis, tapi ada satu benda yang aku memang susah nak tangani. Macam mana nak mula cerita?  From 100 to 0 really quick, huh! Pudar terus rasa bersungguh-sungguh nak menulis. Kadang-kadang rasa macam nak renyuk-renyuk skrin laptop ni jadi bebola kertas.  Dalam waktu aku termenung kat blank document tu lah idea nak main kejar-kejar. Yang tu ok lagi, Dengan Izin Allah aku boleh kejar. Ni ada pulak idea yang main sorok-sorok. Kadang-kadang tu sampai hilang sebab tak jumpa-jumpa. Rasa cam nak gelak kuat-kuat macam orang gila. 
 
Kadang-kadang.. -Hish, macam banyak pulak aku tulis pertaaan  ‘kadang-kadang’ ni. Ah persetankan itu semua. Sambung semula. Kadang-kadang, ehhh lupa pulak nak tulis apa. Kadang-kadang apa ek? Haaa.. ok ok. Mula balik. (Hahahaha rasa annoying tak? Aku pun rasa!) Kadang-kadang bila pikir balik, aku boleh je nak berusaha tulis permulaan cerita, senang kata tulis pendahuluan. Tapi kuncinya berusahalah. Ha… lagi satu penyakit yang dah lama bertapa dalam diriku ni, iaitu-MALAS. Kalau malas, satu kerja pon tak bergerak kan. Hahaha

Ahh malaslah nak tulis lagi. Bon voyage!

Typing…. *tekan delete button

السلام عليكم 

Peace be upon you

0 comments:

Post a Comment